Tuesday 31 July 2012

MYOCARDIAL INFARCTION

Hurmm...ary ni satu ag toturial yg bkaitan ngn Coronary Artery Disease. Iaitu pykit Myocardial Infarction (MI). actually ni sume utk ulgkji nur aje spya jd misi yg cmrlang satu ary nty. hehe...

Oke.. Let's start!

1. Berikan definisi MI?
 Necrosis dissuatu bhgian otot jntung yg dsbabkn oleh tptusny bklan drah akbat dr arteri koronari yang tsumbat dn mghlang bklan O2 dn nutrien ke myocardium.

2. Terangkan ciri-ciri kskitan MI.
a) Lokasi: sakit dada di substernal/ retrosternal.
b)ciri-ciri sakit
-sharp pain
-crushing
-burning sensation
-choking n numbness
-kskitan lbih truk dr angina
c) Radiation: kskitan mjlar ke lher, bahu, lengan, dagu.
d) Durasi: >30min
e) Keterukan: severe pain

3) Terangkan manifestasi klinikal MI selain sakit dada.
a) diaphoresis (bpluh)
-disebabkan pghsilan catecholamines yg tinggi. Ia mrgsang simpatetik yg sbbkn vasoconstriction peripheral blood vessel.
b)Nausea and vomitting
-Kskitan teruk mrgsg reflek mntah.
c)Demam
-suhu tinggi.dsbbkan:: necrosis tisu2 myocardium, pertambahan intracellular enzime, pngktan sel leukosit dlm proses inflamasi.
d) Oliguria
-Kurg urine output krn Acute Pulmonary Edema yg teruk, cardiogenic shock krn sudden renal shutdown.
e)Tanda vital
-Tachycardia- Gangguan fgsi contractility cardiac dn kprluan jntung mrgsg sistem saraf simpatetik utk tgktkan dyutan jntung
-pngktan BP-akbt prses inflammatory tisu myocardium yg necrosi.
-kmdian BP mnurub-akbt kurg cardiac output dr myocardium yg lmah dlm fgsi kuncupan.
-pngktan kdar pnfsan akbat sakit dn bmbang.
f) keadaan am pskit
-anxious, restless
-shortness of breath (sob)
-cyanosis-kurg bkln 02 sbb gngguan fgsi contractility cardiac.
-Letih, lmah sbb kurg bkln O2 dn nutrien ke tisu2
-Keliru,pucat,cemas- gngguan sis. simpatetik-mgurgkan cerebral perfusion.

 
 adik yg tcomey dn t'cute sgt! rindunya kt awin syang ni! :)

  my famIly! lOve and miSs yOu alL! :)
<Raya 2011>

 the women in the blue blouse.. mY sweet MommY!
mak, even adik ni anak yg plg nkal,plg dgil, xpnah dgr cakap mak, adik hrgai sgt. adik bsyukur sgt2 sbb mak still SAYANG dan DOAKAN adik.
tenKiu, mak! :)


Lovily cOuple ni mOmmy n daDDy nUr. 
tO my ayah: jGn risau ek? T adik bJya, adik xKan lupa ayah, mak dan kluarga kta. adik xnk ayah kja lg. adik nk ayah dok umah. rhat. sng2 ngn mak, dgn klrga kta. biar adik jga klrga kta. Tau??

sweet with akak n adik2.


p/s: adik rndu sgt sume.dmi msa dpn,adik jnji xkn sia2kn hrapan mak dn ayah. jalan yg adik plih skrg, adik akn truskan.xkralah ap jua ksusahan dn kpyahan yg akn dtang, adik akn ttap tmpuh dgn kuat. 
adik kuat sbab mak dn ayah. so, mak n ayah jgn lpa doakan yg tbaik utk adik seba adik sdang mlkukan yg tbaik utk mak, ayah dan famili kta.

tO mY bElOved fAmIly: sAyanG adIk xKan bErUbAh. LOVE U ALL SO MUCH!!


Monday 30 July 2012

CORONARY ARTERY DISEASE: ATHERISCLEROSIS & ARTERIOSCLEROSIS


Urmm...mlAm2 mcm ni,  nur nak share cket ilmu ttg pykit Coronary Artery Disease (CAD). smua ni dsbbkn kshatan kta ni mrpakan anugerah terpenting yang dkrniakan ALLAH S.W.T kpd kita. So, kta knalah hrgai hidup kta ni.
so, sygilah jntung kta k? :)

<p/s:: sbnrnya rabu ni ada test! huhu>


CAD
msalah jntung akbat kkurangan bekalan darah ke otot jntung(miokardium).

Atherosclerosis
terdapat pengumpulan dan pemendakkan kolestrol (tisu lemak), sisa2 sel, kalsium dan fibrin dilapisan salur darah (inner wall) dan pembentukkan plak di dinding arteri.
Akan mympitkan bhgian dlam slur drah dn mghlang pgaliran drah ke jantung.

Arteriosclerosis
mrpakan kronik artery disease, blku keabnormalan iaitu pengerasan pd lpisan Tunica Intima (inner) di dinding arteri dsbabkn proses degeneratif.

Faktor risiko CAD dbhgikan kpd:
1. Faktor yg xbleh dmodifikasikan
2. Faktor yg bleh dimodafikasikan
3. Faktor pyumbang.

Fktor yg xboleh dimodifikasikan::
1. Umur,.
- salur drah jd kurg elastik apbla umur mngkat.- slur drah jd smpit.-BP naik.

2. Jantina
- Wanita ada hrmon estrogen yg mgelakkn pngkatan pras LDL dan mngkatkan HDL.
-Stlah menopause, wnta lbih brisiko dpt CAD

3.Keturunan
- Sjrah klrga- knak2 brisiko dpt CAD jka ibu bapanya mghidap skit jntung krna pgruh genetik kpd hypertension, pngktan pras lipid, DM dan obes.

Fktor yang boleh dimodifikasikan.
1. merokok
-nkotin dlm rkok tgktkan pgluaran catecholamine ( epinepherin & norepherine) sbbkn peripheral vasoconstriction, pngktan BP dan dyutan jntung.

2. Hipertensi
-BP naik, tgktkan beban krja jntung dn bsarkn saiz jntung dn lmahkan ventrikel kiri.

3. Hiperlipidemia
- Pras blood lipids dn lipoprotein, yg tllu tggi. (lipoprotein bwa klstrol dlm drah sbbkn atherosclerosis)
-Pngktan aras klstrol dlm drh- >200mg/dl atau 5.2 mmol/L
-pngktan triglyceride->200mg/dl atau 1.7mmol/L

4. DM
-Pskit DM pyai kcdrungan mglmi pngktan kmrsotan tisu connective yg blh sbbkn atheroma.( Kmrsotan dnding artery akbt pbntukan plak & scar tissue)

5. Obes
-Jntung prlukn otot2 utk bkja lbih kuat utk pam drah utk dbkalkan pd tsu yg btmbah
-Obes mgglakkan pghsilan LDL
-tgktkan BP
-saiz jntung mbsar dn tgktn bban jntung.

6. Physical xtvt
-Snman krgkn rsiko CAD.-Pngktan HDL, pras HDL, triglyceride dn blood glucose rndah, tknan BP rndah.

Faktor penyumbang.
1. Stres
pgluaran epinepherine dan norepherine sbbkn pngktan kdar dytan jntung dn tgktkan MI

2. Menopause
Estrogen kurgkan rsko CAD dgn tgktkn HDL danrndahkan LDL.

Assalamualaikum~




RASYIQA hampir tersedak mendengarkan butir-butir kata ibunya, Hajah Rasyidah. Terus dia mencapai cawan yang berisi air teh panas untuk melegakan tekaknya. Kemudian langsung dia memandang ibunya yang selamba menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
            “ Mak, nak orang terima pinangan tu?” terkebil-kebil Rasyiqa memandang ibunya. Sukar diterima dek akalnya bilamana si ibu memaksanya menerima pinangan dari lelaki tua yang baru dikenalinya beberapa minggu lepas!
            “ Yela, kau tu kalau nak harap cari sendiri, sampai bila pun tak kahwin-kahwin!”
            “ Tapi mak, pakcik tu pun orang baru kenal. Lagipun…”
            Hajah Rasyidah memintas, “ Bukannya kau kahwin dengan Haji tu. Dengan anak dia. Anak dia pun lebih kurang macam kau jugak. Tak pernahnya rasa nak kahwin.”
            Rasyiqa lantas bangkit. “ Mak, orang tak kenal dia pun.”
            “ Bapak dia cakap, dia pun kerja kat hospital jugak. Ha, baguslah. Sama-sama kerja hospital.” Hajah Rasyidah memang tidak memilih dalam soal itu. Hatinya sudah cukup senang ada pemuda yang sanggup menyunting anak daranya yang seorang itu.
            Rasyiqa merengus perlahan. Dia terus membawa pinggan yang digunakannya disingki lalu membasuhnya. Kemudian laju sahaja dia membawa langkahnya ke dalam bilik.
            Hajah Rasyidah dan Haji Amir masing-masing berpandangan. Haji Amir yang tidak suka mencampuri urusan peribadoi anak-anaknya itu menghela nafasnya. “ Nak paksa jugak ke? Budak tu tak nak pun.”
            “ Abang, Syidah ni dah tak larat nak dengar kata orang. Bila si Syiqa nak kahwin? Umur dah dekat 27 tahun dah, tak kahwin-kahwin jugak! Syidah nak dia kahwin cepat. Kawan-kawan dia semua dah kahwin. Dia aje. Entah laki yang macam mana dia tunggu sampai sekarang tak ada apa jugak.”
            “ Budak tu, kalau dia tak cari pun, ramai yang nak.” Tambah Haji Amir, kurang bersetuju dengan keputusan isterinya. Baginya, memilih pasangan hidup adalah hak individu. Tidak perlu diatur oleh ibu bapa, jika ada jodohnya, sudah pasti… hadirlah dia suatu hari nanti.
            “ Masalahnya, dia tu asyik tolak aje laki yang nak kat dia. Sebab tu Syidah terima aje pinangan kali ni. Haji Zul tu bagus. Bini dia pun baik. Mesti anak dia tu bagus jugak.”
            “ Mana awak tau, Syidah oi? Awak pun belum jumpa anak dia tu. Tengok gambar aje.” Haji Amir bangun dari kerusi. Dia membasuh pinggannya lalu meninggalkan tempat makan itu.

RASYIQA melihat wajah seorang pemuda yang terabadi dalam foto yang diserahkan padanya tadi. Dia merengus lagi. Foto itu dilemparkan di atas katil.
            Huh, orang macam tu nak buat laki? Buat sakit hati aje!
            Terbayang dimata mengenangkan Zulzarif, doktor muda ditempat kerjanya. Bukan dia tidak tahu bagaimana sikap sebenar pemuda berusia 31 tahun itu. Sangat jelas!
            Sudah beberapa kali dia terserempak dengan Zulzarif diluar. Setiap kali itulah, pasangan lelaki itu bertukar. Wanita muda, cantik, seksi… itu adalah ciri wajib teman-teman wanitanya!
            “ Astaghfirullah hal a’zim…” Rasyiqa beristighfar perlahan. “ Orang macam tu ke aku nak buat laki? Boleh ke dia imamkan aku nanti? Bimbing aku?”

RASYIQA keluar dari perut teksi. Dia terus membuka mangga dipintu pagar rumahnya. Tiba-tiba sebuah kereta Honda Accord terhenti dihadapan rumahnya. Rasyiqa berpaling. Seorang pemuda keluar dari perut kereta hitam itu.
            “ Rasyiqa?” Dia menyoal. Dia memandang wanita itu dari atas hingga ke bawah yang masih beruniform jururawat. Hmm, okeylah… tak adalah yang special sangat pun.
            Rasyiqa mencebik. Dia menyedari pandangan lelaki itu. Usha body aku ke? Yela, aku sedar diri. Body aku ni bukannya macam body girlfriend dia tu. S shape! Tapi ada aku kisah?
            “ Kenapa buat muka macam tu?”
Rasyiqa mengeluh perlahan. “ Ada apa, Doktor Zarif cari saya sampai ke rumah ni?” Malas dia mencari pasal dengan pemuda itu. Dia penat! Sudahlah semalaman dia berkerja, tapi apabila pulang saja ke rumah, Zulzarif muncul pula dihadapannya. Huh, sakitnya hati! Aksi-aksinya bersama teman-teman wanitanya terlintas difikiran.
“ Jom, beli cincin.”
Mata Rasyiqa membulat. Hilang kantuknya tiba-tiba. Yang jelas, bukan kerana dia teruja! “ Apa? Cincin? Doktor ni serius ke nak kahwin?”
Sebelum ini Rasyiqa yakin bahawa lelaki itu tidak mungkin menerimanya memandangkan dia hanya seorang gadis biasa. Tiada rupa yang menawan, sosok tubuh yang mengancam seperti wanita-wanita yang pernah mendampingi Zarif. Jadi, tidak ada sebabnya lelaki itu bersetuju dengan pilihan ibubapanya!
“ Ada ke orang main-main dengan perkahwinan? Cepat siap! Saya tunggu kat luar.”
            Rasyiqa langsung menggeleng. Laju. “ Tak naklah! Orang penat.”
            “ Isy, kau… awak, better awak cepat. Kalau tak…”
            “ Kalau tak, apa? Dahlah, Doktor Zarif baliklah dulu. Sekarang ni baru 8.30 pagi. Saya nak rehat. Baru balik kerja. Orang penatlah!” Rasyiqa menolak pintu pagar. Tetapi lelaki itu pantas bertindak.
            Dia memegang lengan Rasyiqa. “ Awak jangan cabar saya. Saya heret awak jugak nanti!” Matanya dijegilkan.
            Rasyiqa melihat tangan Zarif yang mencengkam lengannya. Terus dia merentap. “ Doktor jangan berani sentuh saya sesuka hati eh? Saya ni bukannya macam girlfriend doktor tu!” Kali ini matanya pula dijegilkan. Menikam tepat bola mata Zarif. Sebentar kemudian dia berpaling.
            “ Kalau tak nak saya buat lebih-lebih, better awak masuk dalam, salin baju kemudian keluar, kita pergi beli cincin dengan barang-barang lain.”
            Sekali lagi Rasyiqa merengus. “ Tak faham bahasa sungguh! Ikut suka doktorlah!”
            Bilamana Rasyiqa mula melangkah, Zarif memanggil namanya. Dia menoleh malas.
            “ Bak saya kunci rumah awak.”
            “ Ha?” tidak faham. Apa yang dia nak buat dengan kunci rumah aku ni? Rasyiqa melihat kunci ditangannya. Sekelip mata, Zarif sudah merebut kunci itu dari tangannya.
            “ Jangan ingat nak tipu saya. Kalau awak tak keluar dalam masa 20 minit, saya sendiri masuk! Faham?”

RASYIQA melihat cincin-cincin yang dipamerkan kepadanya tanpa nafsu. Dia mengerling Zarif yang turut mencuba pelbagai koleksi cincin. Dia mencebik.
            ‘ Ceh, excited sangat cuba!’ Rasyiqa melihat cincin yang dipilih Zarif tadi untuk majlis pertunangan. Dia menggigit bibirnya. ‘Cantik tu memang cantik tapi mahal tu!’
            Zarif berpaling ke arah bakal isterinya yang bertudung litup itu. Dia mendekati. “ Dah pilih?”
            Rasyiqa hanya menggoyangkan kepalanya. Hmm, tak ada mood aku nak pilih. Dahlah kena kahwin dengan doktor sengal + playboy ni! Apalah nasibku? Dia mengeluh.
            “ Tak baik anak dara mengeluh. Terima ajelah takdir awak tu.” Ujar Zarif yang tidak sengaja mendengar wanita disebelahnya itu mengeluh perlahan. “ Nah, cuba yang ni.” Zarif menghulurkan sebentuk cincin emas yang ditaburi berlian kecil disekitarnya.
            Rasyiqa merenung raut lelaki itu sebentar. Dia menelan air liurnya. Mamat ni boleh baca hati aku ke? Kalau dia boleh baca, kenapa dia tak tau yang aku ni tak nak kahwin dengan aku? Rasyiqa menghela nafasnya lagi. Cincin emas itu dicapai. Dia menyarungkan ke jari manisnya. Aik? Muat aje! Simple, cantik… macam khas untuk aku aje? Rasyiqa tertawa sendiri.
            Zarif mengerling. Kali pertama dia melihat senyuman yang terlukis dibibir gadis itu tanpa paksa. Hmm, boleh pulak dia senyum. Sweet senyuman dia. Kalau macam nikan best? Taklah spoil mood aku tengok muka masam dia tu!
            Rasyiqa melihat lagi cincin yang tersarung manis dijarinya. Dia tersenyum lagi. “ Cantik…”
            “ Baguslah kalau awak suka. Kita ambil yang tu ajelah.”
            “ Tak apa ke? Mahal ni.”
            Zarif mengambil cincin itu dari Rasyiqa lalu diserahkan pada pekerja yang melayan mereka dari tadi.

ZARIF melihat sekilas bakal isterinya yang termenung dalam keretanya. Dia menarik nafasnya. “ Diam aje? Kenapa? Letih ke?”
            “ Saya tak sempat tidur lagi…” Keluh Rasyiqa perlahan.
            “ Tidurlah. Kejap lagi sampai, saya kejut. Saya ni taklah kejam sangat sampai nak dera awak.”
            Rasyiqa menjeling ke arah Doktor Zulzarif yang merangkap sebagai bakal suaminya itu. Dia menelan air liurnya. Tak kejam? Huh, yelah sangat! Kahwin dengan kau ni, perkara paling kejam dan paling sadis sekali yang berlaku dalam hidup aku tau?
            “ Kenapa pandang saya macam tu?”
            Tiba-tiba teringat kata-kata Zarif tadi. Pertunangan! Rasyiqa membetulkan kedudukannya. “ Pertunangan tu? Nak buat jugak ke? Bertunang sejam? Lepas tu kahwin! Isy, membazir aje, kan?”
            “ Buat jugaklah. Mama, papa saya nak gitu. Lagipun cincin dah beli pun.” Matanya masih bertumpu pada laluan jalan raya yang agak sesak.
            “ Tapi bertunang tu tak penting pun…”
            “ Penting atau tak, kita buat aje. Itu permintaan parents saya. Saya tak nak tolak.”
            Parents lagi? Dia ni memang anak yang baik ke macam mana ni? Peliklah! “ Doktor memang akan ikut cakap parents doktor ke?”
            “ Awak rasa macam mana?”
            Rasyiqa langsung membisu. Dia tidak memahami Zulzarif. Persoalan itu dibiarkan tanpa jawapan. Entah bila, tapi dia yakin seyakinnya! Dia akan menemui jawapan itu kelak.

ZARIF mengunci tombol pintu bilik. Dia duduk dibirai katil. Si isteri yang sedang menanggalkan ikatan rambut, diperhatikan. Senyuman terukir melihatkan rambut hitam yang lepaskan itu. Cantik… panjangnya hingga ke paras pinggang.
            Dia bangkit. Menghampiri. Pinggang Rasyiqa didakapnya. Tiba-tiba Rasyiqa menolak. Dia berpaling, menghadap Zarif yang sudah sah menjadi suaminya.
            “ Jangan peluk saya. Saya tak suka!” Rasyiqa memberi amaran. Matanya dijegilkan seluas mungkin. Menakutkan lelaki itu barangkali.
            Zarif tidak peduli. Dia lagi mendekatkan jarak mereka. “ Kalau peluk, awak tak suka… kalau cium?”
            Rasyiqa menolak pipi lelaki itu. “ Jangan mimpi!” Langsung dia menghilangkan dirinya dalam bilik mandi setelah mencapai tuala yang bersangkut dikerusi.
            Zarif tertawa. Dia terduduk dibirai katil.