RASYIQA
hampir tersedak mendengarkan butir-butir kata ibunya, Hajah Rasyidah. Terus dia
mencapai cawan yang berisi air teh panas untuk melegakan tekaknya. Kemudian
langsung dia memandang ibunya yang selamba menyuapkan makanan ke dalam
mulutnya.
“ Mak, nak orang terima pinangan
tu?” terkebil-kebil Rasyiqa memandang ibunya. Sukar diterima dek akalnya
bilamana si ibu memaksanya menerima pinangan dari lelaki tua yang baru
dikenalinya beberapa minggu lepas!
“ Yela, kau tu kalau nak harap cari
sendiri, sampai bila pun tak kahwin-kahwin!”
“ Tapi mak, pakcik tu pun orang baru
kenal. Lagipun…”
Hajah Rasyidah memintas, “ Bukannya
kau kahwin dengan Haji tu. Dengan anak dia. Anak dia pun lebih kurang macam kau
jugak. Tak pernahnya rasa nak kahwin.”
Rasyiqa lantas bangkit. “ Mak, orang
tak kenal dia pun.”
“ Bapak dia cakap, dia pun kerja kat
hospital jugak. Ha, baguslah. Sama-sama kerja hospital.” Hajah Rasyidah memang
tidak memilih dalam soal itu. Hatinya sudah cukup senang ada pemuda yang
sanggup menyunting anak daranya yang seorang itu.
Rasyiqa merengus perlahan. Dia terus
membawa pinggan yang digunakannya disingki lalu membasuhnya. Kemudian laju
sahaja dia membawa langkahnya ke dalam bilik.
Hajah Rasyidah dan Haji Amir
masing-masing berpandangan. Haji Amir yang tidak suka mencampuri urusan
peribadoi anak-anaknya itu menghela nafasnya. “ Nak paksa jugak ke? Budak tu
tak nak pun.”
“ Abang, Syidah ni dah tak larat nak
dengar kata orang. Bila si Syiqa nak kahwin? Umur dah dekat 27 tahun dah, tak
kahwin-kahwin jugak! Syidah nak dia kahwin cepat. Kawan-kawan dia semua dah
kahwin. Dia aje. Entah laki yang macam mana dia tunggu sampai sekarang tak ada
apa jugak.”
“ Budak tu, kalau dia tak cari pun,
ramai yang nak.” Tambah Haji Amir, kurang bersetuju dengan keputusan isterinya.
Baginya, memilih pasangan hidup adalah hak individu. Tidak perlu diatur oleh
ibu bapa, jika ada jodohnya, sudah pasti… hadirlah dia suatu hari nanti.
“ Masalahnya, dia tu asyik tolak aje
laki yang nak kat dia. Sebab tu Syidah terima aje pinangan kali ni. Haji Zul tu
bagus. Bini dia pun baik. Mesti anak dia tu bagus jugak.”
“ Mana awak tau, Syidah oi? Awak pun
belum jumpa anak dia tu. Tengok gambar aje.” Haji Amir bangun dari kerusi. Dia
membasuh pinggannya lalu meninggalkan tempat makan itu.
RASYIQA
melihat wajah seorang pemuda yang terabadi dalam foto yang diserahkan padanya
tadi. Dia merengus lagi. Foto itu dilemparkan di atas katil.
Huh, orang macam tu nak buat laki?
Buat sakit hati aje!
Terbayang dimata mengenangkan
Zulzarif, doktor muda ditempat kerjanya. Bukan dia tidak tahu bagaimana sikap
sebenar pemuda berusia 31 tahun itu. Sangat jelas!
Sudah beberapa kali dia terserempak
dengan Zulzarif diluar. Setiap kali itulah, pasangan lelaki itu bertukar.
Wanita muda, cantik, seksi… itu adalah ciri wajib teman-teman wanitanya!
“ Astaghfirullah hal a’zim…” Rasyiqa
beristighfar perlahan. “ Orang macam tu ke aku nak buat laki? Boleh ke dia
imamkan aku nanti? Bimbing aku?”
RASYIQA
keluar dari perut teksi. Dia terus membuka mangga dipintu pagar rumahnya.
Tiba-tiba sebuah kereta Honda Accord terhenti dihadapan rumahnya. Rasyiqa
berpaling. Seorang pemuda keluar dari perut kereta hitam itu.
“ Rasyiqa?” Dia menyoal. Dia
memandang wanita itu dari atas hingga ke bawah yang masih beruniform jururawat.
Hmm, okeylah… tak adalah yang special sangat pun.
Rasyiqa mencebik. Dia menyedari
pandangan lelaki itu. Usha body aku ke? Yela, aku sedar diri. Body aku ni
bukannya macam body girlfriend dia tu. S shape! Tapi ada aku kisah?
“ Kenapa buat muka macam tu?”
Rasyiqa
mengeluh perlahan. “ Ada apa, Doktor Zarif cari saya sampai ke rumah ni?” Malas
dia mencari pasal dengan pemuda itu. Dia penat! Sudahlah semalaman dia
berkerja, tapi apabila pulang saja ke rumah, Zulzarif muncul pula dihadapannya.
Huh, sakitnya hati! Aksi-aksinya bersama teman-teman wanitanya terlintas
difikiran.
“
Jom, beli cincin.”
Mata
Rasyiqa membulat. Hilang kantuknya tiba-tiba. Yang jelas, bukan kerana dia
teruja! “ Apa? Cincin? Doktor ni serius ke nak kahwin?”
Sebelum
ini Rasyiqa yakin bahawa lelaki itu tidak mungkin menerimanya memandangkan dia
hanya seorang gadis biasa. Tiada rupa yang menawan, sosok tubuh yang mengancam
seperti wanita-wanita yang pernah mendampingi Zarif. Jadi, tidak ada sebabnya
lelaki itu bersetuju dengan pilihan ibubapanya!
“
Ada ke orang main-main dengan perkahwinan? Cepat siap! Saya tunggu kat luar.”
Rasyiqa langsung menggeleng. Laju. “
Tak naklah! Orang penat.”
“ Isy, kau… awak, better awak cepat.
Kalau tak…”
“ Kalau tak, apa? Dahlah, Doktor
Zarif baliklah dulu. Sekarang ni baru 8.30 pagi. Saya nak rehat. Baru balik
kerja. Orang penatlah!” Rasyiqa menolak pintu pagar. Tetapi lelaki itu pantas
bertindak.
Dia memegang lengan Rasyiqa. “ Awak
jangan cabar saya. Saya heret awak jugak nanti!” Matanya dijegilkan.
Rasyiqa melihat tangan Zarif yang
mencengkam lengannya. Terus dia merentap. “ Doktor jangan berani sentuh saya
sesuka hati eh? Saya ni bukannya macam girlfriend doktor tu!” Kali ini matanya
pula dijegilkan. Menikam tepat bola mata Zarif. Sebentar kemudian dia
berpaling.
“ Kalau tak nak saya buat
lebih-lebih, better awak masuk dalam, salin baju kemudian keluar, kita pergi
beli cincin dengan barang-barang lain.”
Sekali lagi Rasyiqa merengus. “ Tak
faham bahasa sungguh! Ikut suka doktorlah!”
Bilamana Rasyiqa mula melangkah,
Zarif memanggil namanya. Dia menoleh malas.
“ Bak saya kunci rumah awak.”
“ Ha?” tidak faham. Apa yang dia nak
buat dengan kunci rumah aku ni? Rasyiqa melihat kunci ditangannya. Sekelip
mata, Zarif sudah merebut kunci itu dari tangannya.
“ Jangan ingat nak tipu saya. Kalau
awak tak keluar dalam masa 20 minit, saya sendiri masuk! Faham?”
RASYIQA
melihat cincin-cincin yang dipamerkan kepadanya tanpa nafsu. Dia mengerling
Zarif yang turut mencuba pelbagai koleksi cincin. Dia mencebik.
‘ Ceh, excited sangat cuba!’ Rasyiqa
melihat cincin yang dipilih Zarif tadi untuk majlis pertunangan. Dia menggigit
bibirnya. ‘Cantik tu memang cantik tapi mahal tu!’
Zarif berpaling ke arah bakal
isterinya yang bertudung litup itu. Dia mendekati. “ Dah pilih?”
Rasyiqa hanya menggoyangkan
kepalanya. Hmm, tak ada mood aku nak pilih. Dahlah kena kahwin dengan doktor
sengal + playboy ni! Apalah nasibku? Dia mengeluh.
“ Tak baik anak dara mengeluh.
Terima ajelah takdir awak tu.” Ujar Zarif yang tidak sengaja mendengar wanita
disebelahnya itu mengeluh perlahan. “ Nah, cuba yang ni.” Zarif menghulurkan
sebentuk cincin emas yang ditaburi berlian kecil disekitarnya.
Rasyiqa merenung raut lelaki itu
sebentar. Dia menelan air liurnya. Mamat ni boleh baca hati aku ke? Kalau dia
boleh baca, kenapa dia tak tau yang aku ni tak nak kahwin dengan aku? Rasyiqa
menghela nafasnya lagi. Cincin emas itu dicapai. Dia menyarungkan ke jari
manisnya. Aik? Muat aje! Simple, cantik… macam khas untuk aku aje? Rasyiqa
tertawa sendiri.
Zarif mengerling. Kali pertama dia
melihat senyuman yang terlukis dibibir gadis itu tanpa paksa. Hmm, boleh pulak
dia senyum. Sweet senyuman dia. Kalau macam nikan best? Taklah spoil mood aku
tengok muka masam dia tu!
Rasyiqa melihat lagi cincin yang tersarung
manis dijarinya. Dia tersenyum lagi. “ Cantik…”
“ Baguslah kalau awak suka. Kita
ambil yang tu ajelah.”
“ Tak apa ke? Mahal ni.”
Zarif mengambil cincin itu dari
Rasyiqa lalu diserahkan pada pekerja yang melayan mereka dari tadi.
ZARIF
melihat sekilas bakal isterinya yang termenung dalam keretanya. Dia menarik
nafasnya. “ Diam aje? Kenapa? Letih ke?”
“ Saya tak sempat tidur lagi…” Keluh
Rasyiqa perlahan.
“ Tidurlah. Kejap lagi sampai, saya
kejut. Saya ni taklah kejam sangat sampai nak dera awak.”
Rasyiqa menjeling ke arah Doktor
Zulzarif yang merangkap sebagai bakal suaminya itu. Dia menelan air liurnya.
Tak kejam? Huh, yelah sangat! Kahwin dengan kau ni, perkara paling kejam dan
paling sadis sekali yang berlaku dalam hidup aku tau?
“ Kenapa pandang saya macam tu?”
Tiba-tiba teringat kata-kata Zarif
tadi. Pertunangan! Rasyiqa membetulkan kedudukannya. “ Pertunangan tu? Nak buat
jugak ke? Bertunang sejam? Lepas tu kahwin! Isy, membazir aje, kan?”
“ Buat jugaklah. Mama, papa saya nak
gitu. Lagipun cincin dah beli pun.” Matanya masih bertumpu pada laluan jalan
raya yang agak sesak.
“ Tapi bertunang tu tak penting
pun…”
“ Penting atau tak, kita buat aje.
Itu permintaan parents saya. Saya tak nak tolak.”
Parents lagi? Dia ni memang anak
yang baik ke macam mana ni? Peliklah! “ Doktor memang akan ikut cakap parents
doktor ke?”
“ Awak rasa macam mana?”
Rasyiqa langsung membisu. Dia tidak
memahami Zulzarif. Persoalan itu dibiarkan tanpa jawapan. Entah bila, tapi dia
yakin seyakinnya! Dia akan menemui jawapan itu kelak.
ZARIF
mengunci tombol pintu bilik. Dia duduk dibirai katil. Si isteri yang sedang
menanggalkan ikatan rambut, diperhatikan. Senyuman terukir melihatkan rambut
hitam yang lepaskan itu. Cantik… panjangnya hingga ke paras pinggang.
Dia bangkit. Menghampiri. Pinggang
Rasyiqa didakapnya. Tiba-tiba Rasyiqa menolak. Dia berpaling, menghadap Zarif
yang sudah sah menjadi suaminya.
“ Jangan peluk saya. Saya tak suka!”
Rasyiqa memberi amaran. Matanya dijegilkan seluas mungkin. Menakutkan lelaki
itu barangkali.
Zarif tidak peduli. Dia lagi
mendekatkan jarak mereka. “ Kalau peluk, awak tak suka… kalau cium?”
Rasyiqa menolak pipi lelaki itu. “ Jangan mimpi!” Langsung dia menghilangkan dirinya dalam bilik mandi setelah mencapai tuala yang bersangkut dikerusi.
Rasyiqa menolak pipi lelaki itu. “ Jangan mimpi!” Langsung dia menghilangkan dirinya dalam bilik mandi setelah mencapai tuala yang bersangkut dikerusi.
Zarif tertawa. Dia terduduk dibirai
katil.
No comments:
Post a Comment