Wednesday 8 August 2012

cinta monyet cinta pertamaku~



Walau sudah lama ia terjadi dalam hidupku, aku tidak mampu menafikan.... dialah cinta pertamaku. dia seseorang yang pernah mengajar aku erti rindu, kasih... yang tidak pernah aku rasakan pada insan lain. hanya dia...

Dia, cinta monyetku...
dan dia... cinta pertamaku!

Segalanya bermula... Hampir 10 tahun ke belakang...

Dia seorang kanak2 lelaki (tka itu..) yang sangat nakal tapi COMEL sangat! Dari jauh, dia selalu memerhatiku. yela, masa tu kitaorang tak sama kelas. <aku pandai lagi la!> hehe... perasan kejap!

Selepas tu, entah macam mana result periksa dia baek kot, dia lompat masuk kelas aku. disitulah... kenangan indah mulai tercipta. Aku yang pada mulanya sangat membenci dirinya, akhirnya bertukar rentak. Lama kelamaan kasih mulai hadir,.. semuanya hasil dari dia yang selalu menggangguku!

Masih segar lagi... tika harinya tiada kelas petang, dia akan datang ke rumahku dengan basikalnya. hehe... memang mulanya aku tak suka tapi last2... rindu pulak kalau dia tak datang!

Hmm... yang ini memang aku tak lupa!
Aku ingat lagi jelingan sorang budak perempuan bila dia datang padaku. tapi, aku betul2 ni...aku betul2 tak perasan dia ada kat sebelah aku. rapat pulak! yela, mana bole lupa? boleh pulak dia landing sebelah aku. berdua pulak tu! huhu... yang aku pulak hampir2 aje nak pegang tangan dia.huhu... terus aku lari tinggal dia. rasa cam nak nangis pun ada! (walaupun dalam hati da berbunga2!)

5 tahun lepas...
sekali lagi terjadi...
setelah 2 tahun perhubungan menjadi sejarah...
aku sekali lagi ditakdirkan bertemu dengannya. argh!! sebolenya xnak ingat sebab masa tu akulah punca segala2nya! Kalau tak, mungkin....

Biarlah...aku merelakan seandai ini takdir kami berdua. bertemu dan berpisah... selama-lamanya!
Dan aku merelakan si dia bersama insan lain..kerana aku hanya inginkan dia bahagia. biarlah! aku sanggup berkorban... bukan dia jodohku...


No comments:

Post a Comment